Wednesday, December 1, 2010

berkembang?

dalam 1 babak yang aku rase aku xble lupe, ssorang pelakon dah buat 1 kenyataan. berpindah ke tempat yang baru menunjukkan perubahan?perkembangan diri? positif ke skrip tu? aku xrase ape yag dilontarkan tu betol.sbb perubahan tu sbnrnye bermula dari minda dan semua tindak tanduk akan terjadi atas arahan minda. bukalah minda anda. jangan terlalu taksub inginkan sesuatu, sbb tu akan memakan diri sendiri sbg pelakon didunia ni. ingat2la sikit, lakonan ni kadang2 menjadi, kadang2 dibenci. lakonan boleh smpai dapat anugerah, lakonan jgk boleh sampai dapat caci hamunan penonton.

Thursday, November 11, 2010

masa


'biarkan mase merubah segalanya'


berikan aku jawapan. mampukah masa ni ubah keadaan sekeliling kita? tersentap aku bila seseorang ni tanyekan soalan kat aku pasal mase. mase ni satu sistem ciptaan manusia. kenapa kite berharap pada masa untuk merubah sesuatu? ya. aku bersetuju dengan die yang masa tak mampu nak mengubah apa-apa pon kecuali umur. umur kita akn bertambah selari dengan peredaran mase. kematangan kita akan bertambah adakah dengan pertambahan masa? adakah kematangan itu diukur dengan umur kita? tidak. pengalaman mengajar kite dan meningkatkan lagi kematangan kite selari dengan pertambahan masa. tidak kira umur, jika kita melalui pelbagai situasi yang memberikan kita pengalaman, mungkin tahap kematangan kita lebih tinggi berbanding orang yang pasif menunggu sesuatu yang ajaib berlaku selama 1000tahun. masa hanya berjalan tanpa menghiraukan segala makhluk. tidak pernah punya kuasa untuk mengubah sebarang ciptaan.

Wednesday, November 10, 2010

boleh tak?

emmm.. bos. boleh tak klu aku nak watak lain? tak nak watak sendiri boleh? apa jadi klu berlakon bukan watak sendiri? sbb tengok watak orang lain macam bes jek. boleh tak?

kenape slalu rase watak sendiri xbes? sbb kite xbersyukur ke? klu aku jadi orang lain, agak-agak orang lain nak tak lakonkan watak aku? hmmmm...

Tuesday, November 9, 2010

babak

sebahagian dalam kehidupan. aku percaya, kehidupan aku ni da diatur rapi oleh pengarahku. aku harap aku mampu melakonkan babak-babak dalam kehidupan aku dengan baik.